Dua pemuda ditahan, rancang serangan IS

Dua pemuda ditahan, rancang serangan IS

SYDNEY, 13 Okt – Polis New South Wales (NSW) di Australia mendakwa dua lelaki muda dengan kesalahan berkaitan keganasan pada hari ini selepas mereka ditangkap merancang satu serangan Islamic State (IS) pada hari sebelumnya.

Kedua-dua lelaki berusia 16 tahun itu ditangkap dengan dua bilah pisau yang dipercayai oleh pihak berkuasa dibeli daripada sebuah kedai senapang di Bankstown di Sydney pada petang semalam sebelum menaiki sebuah bas ke lokasi berhampiran, di mana mereka ditangkap oleh polis, lapor Australian Associated Press. Buat masa sekarang, pihak berkuasa tidak sedar mengenai mana-mana sasaran khusus tetapi percaya serangan akan berlaku tidak lama lagi.

Remaja berkenaan didakwa merancang keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan menjadi anggota Islamic State, yang membawa hukuman penjara 10 tahun. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA