Dua pencuri dihukum penjara

Dua pencuri dihukum penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Dua lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kereta.

Mohammad Ali Nor bin Haji Jalani, 45, dijatuhi 18 bulan penjara oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman atas dua pertuduhan sementara Al Fadillah bin Abdul Ha, 37, terpaksa meringkuk di penjara selama 26 bulan untuk tiga kesalahan.

pg06_151106_mahkamah logo2

Mohammad Ali Nor dan Al Fadillah didakwa mencuri sebuah Toyota Corolla di Jalan Jerambak, Seria antara 11 dan 13 Julai 2015, dan turut mencuri Toyota Corolla Station Wagon bersama dua bateri kereta dari sebuah rumah di Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait pada 18 Julai sekitar jam 5 pagi.

Al Fadillah turut berdepan kesalahan mencuri sebuah lagi kereta Toyota Kijang bersama gerudi, generator dan tangga dari sebuah rumah di Kampung Mumong pada 2 Ogos sekitar jam 5:30 pagi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Adliatul binti Haji Mohd Zaidi.

ARTIKEL YANG SAMA