Dua perlawanan bola keranjang NBT diteruskan

Dua perlawanan bola keranjang NBT diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Perlawanan suku akhir Kejohanan Bola Keranjang NBT dalam Sukan Ria Antara Syarikat 2016 bermula semalam dengan dua perlawanan antara Pasukan Penerbangan Diraja Brunei (RB) menentang pasukan Digimark yang berkesudahan dengan kemenangan di pihak Digimark dengan mata 116-99.

Sementara itu perlawanan suku akhir kedua pula menyaksikan juara Kumpulan A dan juara bertahan Istana Maintenance Department menentang pasukan yang ditewaskannya tahun lalu di peringkat separuh akhir iaitu Yuan Thong Enterprise yang berkesudahan dengan kemenangan di pihak Istana Maintenance Department dengan jaringan 107-103.

Sebanyak enam pasukan telah mengesahkan kedudukan di peringkat suku akhir dan akan sekali lagi berentap di dalam kumpulan masing-masing bagi menentukan kemaraan ke peringkat separuh akhir pada 12 Mei ini nanti.

Antara aksi di perlawanan pertama suku akhir Kejohanan Bola Keranjang Sukan Ria Antara Syarikat semalam.
Antara aksi di perlawanan pertama suku akhir Kejohanan Bola Keranjang Sukan Ria Antara Syarikat semalam.

Antara pasukan yang terlibat dalam perlawanan tersebut ialah Pasukan Istana Maintenance Department menentang Pasukan Propel sebelum perlawanan diteruskan dengan Pasukan Propel dan Digimark akan menentang Pasukan D’Sunlit Sdn Bhd.

Pada 15 Mei ini nanti pula dua lagi perlawanan suku akhir akan meneruskan program kejohanan yang menyaksikan Pasukan D’Sunlit Sdn Bhd menentang Pasukan RB dan Pasukan Propel menentang Pasukan Yuan Thong Enterprise.