Dua pesawat selamat mendarat selepas terima ancaman bom

Dua pesawat selamat mendarat selepas terima ancaman bom

BRUSSELS, 11 Ogos – Dua pesawat mendarat dengan selamat di lapangan terbang Zaventem di Belgium selepas menerima ancaman bom, lapor stesen penyiar VRT.

Pendakwa raya, Eric Van Der Sypt, berkata pejabatnya menerima maklumat mengenai ancaman bom dan membuka siasatan tetapi enggan mengulas lanjut. Beliau berkata, skuad bom tidak dipanggil ke lapangan terbang itu.

Jurucakap lapangan terbang berkata, tiada amaran bom dikeluarkan dan lapangan terbang itu tidak menghadapi masalah.

VRT berkata, kedua-dua pesawat yang salah satunya melakukan penerbangan dari Oslo, mendarat dengan selamat.

Wartawan stesen penyiar Woestijnvis/Proximus TV, Bart Raes, menyiarkan tweete beliau berada dalam pesawat dari Oslo dan juruterbang menerima ancaman bom 20 minit sebelum ia dijadualkan mendarat. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA