Dua peserta ADN raih pingat Kejohanan Karate

Dua peserta ADN raih pingat Kejohanan Karate

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Dayang Alexandra Jacklya binti Dakius dari Kelab ADN muncul sebagai pemenang Pingat Emas dalam Kejohanan Karate Brukaf dalam Kategori Female Individual KATA (Senior) yang dianjurkan oleh BRUKAF di Kompleks Sukan Menglait, menewaskan peserta dari Kuala Belait, Shitoryu, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi peserta dari kelab yang sama, Dayang Siti Natrah@Badriah binti Metassan pula memenangi Pingat Perak dalam Kategori Female Individual Kumite 60kg ke bawah menewaskan lawannya daripada JKMO.

Mereka kini sedang menjalani latihan bagi persediaan menghadapi Kejohanan Karate Remaja yang akan diadakan dalam bulan Mei nanti dan Sukan juga Kebangsaan Brunei pada November tahun ini.

(Dari kiri) Dayang Alexandra, Siti Natrah dan peserta dari JKMO.
(Dari kiri) Dayang Alexandra, Siti Natrah dan peserta dari JKMO.

ARTIKEL YANG SAMA