Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua premis dikenakan kompaun, langgar Akta Kawalan Harga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Dua buah premis perniagaan telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142.

    AI Noor Department dan ABV Enterprise masing-masing telah dikenakan kompaun oleh JPES sebanyak $500 kerana didapati melakukan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan terkawal.

    Dalam pada itu, JPES menasihatkan peniaga untuk mematuhi perundangan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya. JPES juga menyeru peniaga untuk mempraktikkan amalan yang wajar dan beretika dalam usaha membangun persekitaran perniagaan yang mampan.

    Orang ramai boleh membuat aduan rasmi mengenai amalan perniagaan yang tidak wajar dengan menyertakan dokumen rasmi seperti resit pembayaran dan gambar sebagai bukti melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau menghubungi Talian Darussalam 123 atau e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn

    Pemeriksaan dilakukan semasa penguatkuasaan rutin JPES. – Gambar serahan JPES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...