Dua premis perniagaan kena kompaun

Dua premis perniagaan kena kompaun

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Dua buah premis perniagaan di kawasan Sengkurong telah dikenakan kompaun apabila didapati membuang sampah di kawasan awam semasa peme-riksaan mengejut, baru-baru ini.

Jabatan Daerah Brunei dan Muara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengatakan, kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30) Bab 12. (1), iaitu membuang sampah di tempat kawasan awam.

Pemilik premis berkenaan telah diberikan tempoh satu minggu untuk membayar denda tersebut, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.

Salah sebuah premis perniagaan yang dikenakan kompaun akibat membuang sampah di tempat awam.
Salah sebuah premis perniagaan yang dikenakan kompaun akibat membuang sampah di tempat awam.

Sehubungan itu, Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasa-an Jabatan Daerah Brunei dan Muara mengingatkan semua pemilik premis perniagaan dan orang awam agar sentiasa mengekalkan kesejahteraan premis dan tempat-tempat awam bagi membantu membanteras penyebaran penyakit-penyakit berjangkit .

Jika mana-mana pihak didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Kecil (Penggal 30), Jabatan Daerah Brunei dan Muara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan de-ngan sewajarnya mengikut ke-salahan yang dilakukan.

Menurut kenyataan itu lagi, pemantauan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pemilik premis perniagaan di negara ini khususnya kedai runcit, bengkel, pasar raya, gerai, serta kedai makan dan minum sentiasa menjaga kebersihan persekitaran perniagaan. mereka.

ARTIKEL YANG SAMA