Dua remaja curi kenderaan diberkas

Dua remaja curi kenderaan diberkas

ATLANTA, 27 Jun (AP) – Seorang pegawai menembak dua remaja selepas sebuah kenderaan yang membawa suspek cuba melarikan diri dengan merempuh sebuah kereta peronda polis di sebuah jalan antara negeri di Atlanta, menurut pihak berkuasa.

Jurucakap penyiasat Biro Georgia, Nelly Miles berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa para pegawai menyedari sebuah kenderaan dilaporkan telah dicuri dan plat kereta tersebut serupa dengan plat kepunyaan kenderaan lain semasa rondaan malam Sabtu.

Miles berkata salah sebuah daripada kenderaan yang dipandu oleh Michael Rhodes berusia 18 tahun dan Deondre Norris berusia 19 tahun yang hampir melanggar pegawai tersebut, telah melanggar kenderaan peronda. Miles berkata empat pegawai telah menembak kenderaan tersebut, menarik keluar Rhodes dan Norris.

Beliau menambah Rhodes dan Norris telah melarikan diri dengan berjalan kaki, tetapi kemudiannya ditangkap. Kedua-duanya dalam keadaan stabil di Hospital Memorial Grady dan tiada pegawai yang tercedera.

Miles menambah dua lagi remaja di dalam kenderaan yang lainnya telah ditangkap.

ARTIKEL YANG SAMA