Dua sekawan ditahan, miliki syabu

Dua sekawan ditahan, miliki syabu

Oleh Arissa

LIMBANG, 29 Jun – Hasrat dua sekawan untuk mendapatkan keuntungan hasil penjualan dadah, memakan diri apabila kegiatan mereka terbongkar dalam satu pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Patiambun tengah hari kelmarin.

Dalam serbuan jam 12:15 tengah hari itu, dua suspek lelaki masing-masing berusia 30 dan 53 tahun telah ditahan dalam satu pemeriksaan yang dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai  berkata turut dijumpai dalam serbuan itu adalah sejumlah dadah syabu seberat 232.50 gram dan dua paket plastik kecil lut sinar disyaki dadah syabu.

RAMPAS...Dadah syabu yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS…Dadah syabu yang dirampas daripada suspek.

“Dadah syabu seberat 232.50 gram dijumpai dalam bungkusan plastik lut sinar yang diletakkan dalam bekas berwarna kuning di dinding papan dapur rumah terbabit,” katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu permohonan reman untuk  kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Limbang semalam.