Dua syarikat didenda gagal kemukakan cukai

Dua syarikat didenda gagal kemukakan cukai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Dua buah syarikat, masing-masing dijatuhi denda $4,000 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikat ke Bahagian Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan denda itu ke atas Kilang Merchu Sdn Bhd selepas wakil syarikat mengaku salah kerana gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Wakil Syarikat Pratunas Sdn Bhd turut mengaku salah atas pertuduhan yang sama apabila gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikat yang berakhir pada tempoh yang sama.

Di bawah S2 Akta Pendapatan Cukai (Bab 35), syarikat dikehendaki untuk melengkapkan butiran pendapatan pulangan bagi maksud menentukan pendapatan dan gagal berbuat demikian merupakan kesalahan di bawah Seksyen 78(1)(a) Akta Cukai Pendapatan, Bab 35 yang memperuntukkan denda $10,000 dan gagal membayar akan dikenakan 12 bulan penjara.