Dua syarikat gagal kemuka penyata tahunan didenda

Dua syarikat gagal kemuka penyata tahunan didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Mahkamah Majistret semalam menjatuhi hukuman denda ke atas dua buah syarikat tempatan yang didapati gagal mengemukakan penyata tahunannya ke Bahagian Pendapatan, Kementerian Kewangan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mengenakan denda $5,000 terhadap Syarikat Amtas Sdn Bhd kerana gagal mengemukakan cukai pendapatan syarikatnya yang berakhir pada 31 Disember 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Manakala Amalgamated Electronics Sdn Bhd pula dikenakan denda $4,000 bagi kesalahan yang sama bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amiriah binti Haji Ali.

ARTIKEL YANG SAMA