Dua tayangan istimewa untuk pelanggan Baiduri

Dua tayangan istimewa untuk pelanggan Baiduri

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Bank Baiduri menerusi Program Smart Executive telah menganjurkan dua tayangan istimewa filem Marvel terbaru Captain America: Civil War khas bagi ahli-ahli Smart Executive.

Pratonton tidak rasmi itu telah diadakan malam Rabu lalu di Times Cineplex @ Empire bagi ahli-ahli yang menetap di Bandar Seri Begawan dan di Times Cineplex @ KB Sentral malam tadi bagi ahli-ahlinya di Kuala Belait dan Seria.

Menurut kenyataan Baiduri, hari ini, jalan cerita Civil War mengambil tempat dalam dunia sinematik Marvel, dengan Steve Rogers (Captain America) mengetuai pasukan Avengers yang baru dibentuk untuk melindungi manusia.

Satu akta yang mengawal aktiviti manusia luar biasa telah memecahbelahkan Avengers kepada dua kumpulan bertentangan yang diketuai oleh Rogers dan Tony Stark (Iron Man).

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Program dan Akaun Khas, Hajah Maripaz binti Abdullah dipetik sebagai berkata, “Kami teruja untuk menghoskan acara ini bagi ahli-ahli kami. Ini akan menjadikan mereka antara yang terawal di dunia menonton filem ini, berdasarkan perbezaan masa dan tarikh tayangan awal di Asia, jadi kami harap untuk menjadikannya malam yang istimewa buat penggemar filem.”

Antara yang menyaksikan pratonton filem tersebut.
Antara yang menyaksikan pratonton filem tersebut.

Menurutnya lagi, setiap tahun Program Smart Executive menghoskan tayangan-tayangan khas ini bagi ahli-ahlinya, tetapi tahun ini merupakan kali pertama mereka mengadakan dua malam filem blockbuster dalam masa setahun.

Bulan lalu, mereka turut menghoskan tayangan istimewa Batman V Superman: Dawn of Justice.

Smart Executive merupakan program unik Bank Baiduri yang menawarkan pelbagai faedah kepada profesional muda yang sibuk, termasuk penyelesaian perbankan pintar serta jemputan-jemputan kepada pelaburan dan acara-acara gaya hidup.

Ahli-ahli juga berpeluang mendapatkan kad debit premium Smart Executive, akses kepada pusat-pusat Smart Executive dan tawaran-tawaran eksklusif.

ARTIKEL YANG SAMA