Dua tebusan dipancung

Dua tebusan dipancung

BEIRUT, 19 Nov (AFP) – kumpulan Negara Islam hari ini telah membunuh dua tebusan, seorang warga China dan seorang warga Norway, sebagai tindak balas serangan udara Perancis dan Rusia di kubu kuat Syria yang dilaporkan mengorbankan 33 pejuang IS.

Majalah IS berbahasa Inggeris, Dabiq memaparkan foto grafik mereka iaitu Fan Jinghui, seorang warga China dan seorang warga Norway, Ole-Johan Grimsgaard-Ofstad.

Tajuk yang dipaparkan dalam gambar penuh mereka dalam halaman majalah itu berbunyi: “Dihukum pancung selepas ditinggalkan oleh negara-negara dan organisasi ‘kafir.’”

Tidak dapat dipastikan bila, di mana, atau bagaimana mereka dibunuh, tetapi kepala mereka telah berlumuran darah dengan kesan tembakan yang jelas.