Dua tentera maut di selatan Filipina

Dua tentera maut di selatan Filipina

MANILA, 24 Jun (dpa) – Dua anggota tentera terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam dua pengeboman tepi jalan oleh suspek militan Islam di selatan Filipina, menurut jurucakap tentera hari ini.

Anggota tentera terbabit sedang menjalankan rondaan di bandar Sumisip dan Ungkaya Pukan di wilayah Basilan, 900 kilometer di selatan Manila, apabila serangan berlaku pada semalam, kata Leftenan Kolonel Harold Cabunoc.

Dua anggota tentera terbunuh dan seorang cedera dalam letupan pertama di Sumisip, sementara dua anggota yang lain cedera dalam serangan di Ungkaya Pukan, tambahnya.

Anggota tentera tambahan dikerahkan ke dua bandar berkenaan untuk memburu kumpulan penyerang, dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf, kata Cabunoc.

ARTIKEL YANG SAMA