Dua tentera terbunuh di selatan Thai

Dua tentera terbunuh di selatan Thai

NARATHIWAT, Thailand, 10 Mac (AFP) – Dua anggota tentera terbunuh dalam letupan bom di selatan Thailand, kata polis hari ini, iaitu kematian terbaru dalam keganasan di rantau yang mengalami pemberontakan itu.

Kejadian tembakan dan letupan hampir berlaku setiap hari pada tiga wilayah selatan Thailand yang berhampiran, di mana lebih daripada 6,500 orang, majoritinya orang awam telah terbunuh sejak pemberontakan menentang pemerintahan Thai ditubuhkan semula pada tahun 2004.

Dua anggota tentera terbunuh di daerah Chanae, wilayah Narathiwat, pada petang Rabu lalu selepas sebuah bom diletupkan apabila konvoi mereka bergerak lalu jalan di kawasan tersebut, kata polis.

“Dua orang mati serta-merta di tapak letupan itu dan lima yang lain cedera, manakala dua yang lainnya berada dalam keadaan kritikal,” kata Kolonel Chumpol Nakapaksin, Penguasa Polis Daerah Chennai memberitahu kepada AFP melalui telefon.

Gambar fail bertarikh 9 Mac 2016 menunjukkan anggota skuad bom Thai memeriksa tepi jalan tapak serangan bom yang dilakukan oleh suspek militan pemisah di daerah Chanae, wilayah selatan Thailand, Narathiwat. – AFP
Gambar fail bertarikh 9 Mac 2016 menunjukkan anggota skuad bom Thai memeriksa tepi jalan tapak serangan bom yang dilakukan oleh suspek militan pemisah di daerah Chanae, wilayah selatan Thailand, Narathiwat. – AFP

Terdapat peningkatan dalam serangan sejak beberapa minggu lalu. Beberapa jam sebelum askar terbunuh pada hari Rabu lalu, seorang lelaki Muslim ditemui ditembak mati di dalam kereta berhampiran daerah Sri Sakhon, kata polis. Dua lagi ditembak dan cedera pada lewat petang itu di rumah mereka di wilayah itu.

Minggu lepas empat orang ditembak mati dalam tempoh 24 jam termasuk seorang penoreh getah Buddha yang mayatnya kemudian dibakar. Pemberontak yang berjuang sering menyasarkan serangan itu kepada mereka yang bekerjasama dengan kerajaan Thai, sama ada Buddha atau Islam.