Dua tentera Turki maut, 24 cedera

Dua tentera Turki maut, 24 cedera

ISTANBUL, 2 Ogos (AFP) – Dua tentera Turki terbunuh dan 24 yang lain cedera awal hari ini dalam serangan bom bunuh diri ke atas ibu pejabat tempatan mereka di timur Turki, yang dipersalahkan kepada kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Seorang pengebom bunuh diri memandu sebuah traktor yang dipenuhi dengan bahan letupan menuju ke arah ibu pejabat tentera Turki di daerah Dogubayazit di timur wilayah Agri, lapor agensi berita rasmi Anatolia, dengan memetik pejabat gabenor tempatan. Erang itu dipersalahkan ke atas PKK, yang bertindak eningkatkan serangan ke aras pasukan keselamatan ketika jet pejuang Turki mengebom kedudukan mereka di utara Iraq.

Anggota tentera Turki mengetatkan lagi kawalan di pusat pemeriksaan di bahagian timur negara berkenaan berikutan serangan bom bunuh diri oleh kumpulan militan PKK. – AFP
Anggota tentera Turki mengetatkan lagi kawalan di pusat pemeriksaan di bahagian timur negara berkenaan berikutan serangan bom bunuh diri oleh kumpulan militan PKK. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA