Dua tertuduh diikat jamin

Dua tertuduh diikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang dihadapkan Ke Mahkamah Majistret, semalam, atas kesalahan mencederakan seorang gadis telah dilepaskan atas ikat jamin.

Hong Kong Hock berdepan kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap seorang gadis berusia 19 tahun dengan menarik kepalanya dengan besi tayar di sebuah rumah di Kampung Bengkurong pada 18 Disember kira-kira jam 12:50 tengah hari.

Timbalan Pendakwa Raya, Aiman Adri bin Ahmad Zakaria memohon kes ditangguhkan sementara menunggu siasatan polis dan laporan perubatan selesai dijalankan.

pg06_151221_mahkamah logo2

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman melepaskan tertuduh dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin, dan menetapkan sebutan semula pada 31 Disember.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lagi lelaki tempatan dihadapkan atas dakwaan mengelar lengan lelaki lain.

Asahrin bin Idris, 45, bagaimanapun dilepaskan atas ikat jamin $2,500 atau seorang penjamin tempatan oleh Majistret Pengiran Shahyzul sementara menunggu laporan perubatan dan siasatan polis. Kes akan disebut semula pada 30 Disember.

ARTIKEL YANG SAMA