Dua wabak Ebola dicatatkan di Guinea

Dua wabak Ebola dicatatkan di Guinea

GENEVA, 16 Okt (Reuters) – Dua orang telah dihidapi wabak Ebola di Guinea selepas tiada kes dicatatkan di Afrika Barat dalam tempoh dua minggu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata semalam.

Jurucakap WHO Margaret Harris pada taklimat PBB di Geneva melaporkan satu kes berlaku di Forecariah, barat Guinea, dipercayai mempunyai kaitan dengan seseorang yang sebelumnya dijangkiti wabak itu, manakala yang lainnya adalah di bandar Conakry.

Di antara negara-negara lain yang paling teruk dilanda adalah Liberia dan Sierra Leone. Wabak paling teruk setakat ini dilaporkan membunuh lebih daripada 11,000 orang. Tetapi WHO telah berulang kali memberi amaran terhadap andaian awal wabak ini masih boleh berlaku kerana virus itu boleh muncul semula sehingga lebih dari 42 hari.

Walaupun selepas tempoh itu, Ebola masih boleh berlaku kepada kalangan penduduk. Kajian yang dibuat bulan ini menunjukkan seorang jururawat British telah kembali jatuh sakit selepas10 bulan pulih daripada wabak Ebola.

Jururawat British Pauline Cafferkey yang berjaya dirawat pada Januari 2015 di Sierra Leone kini ‘kritikal’ akibat kemunculan semula virus tersebut, hospital yang merawat beliau berkata pada 14 Oktober 2015. – AFP
Jururawat British Pauline Cafferkey yang berjaya dirawat pada Januari 2015 di Sierra Leone kini ‘kritikal’ akibat kemunculan semula virus tersebut, hospital yang merawat beliau berkata pada 14 Oktober 2015. – AFP