Dua wanita Brunei maut dalam nahas di Miri

Dua wanita Brunei maut dalam nahas di Miri

MIRI, 16 Okt – Dua warga Brunei maut apabila kenderaan yang mereka tumpang terbabas dan melanggar pokok di Jalan Padang Kerbau, Miri Bypass pada pukul 11.55 malam tadi.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata mereka dikenali sebagai Christina Nuyah Mangka, 26, dan Patricia Sujan, 22.

Beliau berkata pemandu dan dua lagi penumpang kenderaan tersebut cedera dan dirawat Hospital Miri. – Bernama