Dua wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Dua wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Dua wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Chen Nanfang, 25, dan Chen Simei, 26, menghadapi tuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran di bilik salah sebuah hotel di Kiulap pada 29 Disember 2015 sekitar jam 8:45 malam.

Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 294A(1)(b) Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada $500 dan tidak melebihi daripada $5,000 serta penjara yang boleh dilanjutkan sehingga setahun.

pg06_160101_mahkamah logo2

Untuk kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak melebihi $10,000 serta penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff memohon kepada mahkamah supaya tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat selama seminggu untuk siasatan.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain membenarkan permohonan dan menetapkan 7 Januari 2016 untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA