Dua wanita Iban terima hidayah

Dua wanita Iban terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 7 Ogos – Syiar Islam terus berkembang di bumi Darussalam dan hari ini dua perempuan Iban melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman di Balai Ibadat Kampung Semabat, Mukim Bokok, Daerah Temburong.

Dayang Seri Dewi anak Adin dan Dayang Mimi Iswana anak Irwani melafazkan ikrar pengislaman mereka di hadapan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Haji Abdul Rahman dan para pegawai dari Unit Dakwah Daerah Temburong.

Dayang Seri Dewi yang berasal dari Kampung Rataie telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Ulya Hana Madiyyah binti Abdullah Adin manakala Dayang Mimi Iswana yang berasal dari Kampung Amo C memilih nama Dayang Nadifah Ufairah binti Abdul Rahman.

Menurut statistik Pusat Dakwah Islamiah, sejak Januari hingga Ogos, seramai 22 orang telah memeluk Islam di Daerah Temburong.

Dayang Ulya Hana Madiyyah dan Dayang Nadifah Ufairah melafazkan dua kalimah syahadah di majlis pengislaman mereka di Balai Ibadat Kampung Semabat, Mukim Bokok, Daerah Temburong.
Dayang Ulya Hana Madiyyah dan Dayang Nadifah Ufairah melafazkan dua kalimah syahadah di majlis pengislaman mereka di Balai Ibadat Kampung Semabat, Mukim Bokok, Daerah Temburong.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad dan Setiausaha Tetap KHEU, Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA