Dua wanita pilih Islam

Dua wanita pilih Islam

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 8 April – Dua orang wanita masing-masing berbangsa Dusun dan Iban memilih agama Islam sebagai pegangan hidup setelah melafazkan dua kalimah syahadah pada Majlis Pengislaman di Dewan Serba guna, Pejabat Dakwah Daerah Belait, di sini.

Kedua-dua saudara baru tersebut, Dayang Nurazmieniza Azilah binti Abdul Razak, 19, berbangsa Dusun, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Dayang Nur Alisha Az-Zahrah binti Abdul Razak, manakala Dayang Lamah Anak Jantai, 35, berbangsa Iban, telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Badriyatul Lamah binti Mohd Adam Jantai.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Majlis Pengislaman dan penyampaian cenderahati kepada kedua-dua saudara baru yang telah disempurnakan di hadapan Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu selaku tetamu kehormat majlis.

Setakat ini, Jabatan Dakwah Daerah Belait telah mencatatkan seramai 28 orang saudara baru bermula awal tahun hingga bulan Mac lalu, manakala statistik yang memeluk Islam pada tahun lalu dicatatkan sejumlah 96 orang bagi daerah tersebut.

Dua orang wanita masing-masing berbangsa Dusun dan Iban telah memeluk agama Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah.
Dua orang wanita masing-masing berbangsa Dusun dan Iban telah memeluk agama Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah.

ARTIKEL YANG SAMA