Dua warga Australia diculik

Dua warga Australia diculik

OUAGADOUGOU, 18 Jan – Dua warga Australia diculik di Burkina Faso oleh rangkaian kumpulan militan al-Qaeda, kata pegawai semalam. Mengikut pegawai kerajaan, pasangan itu diculik di Baraboule berhampiran sempadan negara Afrika Barat dengan Niger dan Mali.

Berita penculikan itu muncul selepas serangan terhadap hotel mewah di Ouagadougou yang menyebabkan sekurang-kurangnya 26 orang terkorban termasuk warga asing di dalam keganasan terbaru di negara miskin di Afrika Barat itu.

Menteri Komunikasi Burkina Faso, Remi Dandjinou, berkata pasangan itu adalah warga negara Australia, bagi membetulkan kenyataan sebelum ini yang menyebut mereka sebagai warga Austria.

Jurucakap kumpulan militan Mali, Ansar Dine iaitu Hamadou Ag Khallini, berkata pasangan itu ditahan oleh pejuang jihad dari rangkaian al-Qaeda iaitu ‘Emiriyah Sahara’. Beliau menambah mereka masih hidup dan butiran lanjut akan dikeluarkan kemudian. – AFP