Dua warga M’sia didakwa mencuri

Dua warga M’sia didakwa mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160916_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Dua lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan melakukan curi.

Tan Boon Kheng, 31 dan Hii Yii Soon, 23, bersama dua lagi rakan mereka yang masih bebas didakwa mencuri wang Singapura berjumlah $10,000; barang kemas; jam tangan Seiko; nombor pendaftaran kereta dan tiga kad ATM dari sebuah rumah di Kampung Sungai Tampoi, pada 12 September 2016 sekitar jam 1:30 petang. Ketika melakukan curi, tertuduh turut sengaja menahan pemilik rumah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa penjara sehingga 30 tahun, dan juga sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan, dan menetapkan 29 September untuk sebutan semula.

Tertuduh diwakili Peguam Bela, Yusuf Halim.

ARTIKEL YANG SAMA