Dua warga Syria maut cuba ceroboh Lubnan

Dua warga Syria maut cuba ceroboh Lubnan

BEIRUT, 17 Ogos (Agensi) – Tentera Lubnan menyerang hendap kumpulan bersenjata penentang ketika mereka cuba menyelinap masuk ke bandar timur Ersal, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, lapor agensi berita rasmi, National News Agency (NNA) hari ini.

Anggota tentera terbabit menyerang kumpulan bersenjata berkenaan di lokasi wilayah sempadan yang bergunung-ganang ketika mereka cuba menyelinap masuk ke bandar berkenaan dalam kegelapan malam.

Sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata terbunuh dan lima yang lain mengalami kecederaan akibat bedilan tentera.

Pasukan artileri tentera turut membedil sasaran pos kumpulan bersenjata di puncak timur dan barat laut Bandar berkenaan.

Tentera baru-baru ini melaksanakan pengerahan tambahan di wilayah sempadan dengan Syria dalam bidaan menumpaskan sebarang usaha menyelinap masuk oleh kumpulan bersenjata Syria.

Ersal menghoskan beribu-ribu pelarian Syria dan bandar berkenaan menyaksikan pertempuran sengit di antara tentera dan lelaki bersenjata Syria, disusuli dengan penculikan sejumlah anggota tentera, yang masih ditahan di tempat persembunyian di sebelah Syria.