Dubai cadang manfaatkan bongkah ais

DUBAI, 17 Mei – Sebuah firma di Dubai yang berhasrat untuk menunda bongkah ais dari Antartika ke Semenanjung Arab mungkin berdepan beberapa halangan.

Dalam mana kebanyakan orang melihat jumlah ais kutub runtuh sebagai tanda menyedihkan bagi pemanasan global, Biro Penasihat Kebangsaan melihatnya sebagai satu sumber keuntungan, dan satu cara pengimbangan kesan-kesan perubahan iklim di kawasan Teluk yang panas terik.

Firma itu telah membuat pelan-pelan untuk menuai bongkah ais di selatan Lautan Hindi dan menundanya 9,200 kilometer ke bahagian Teluk, di mana ia boleh dicairkan menjadi air tawar dan dipasarkan sebagai tarikan pelancong.

“Bongkah-bongkah ais itu hanya terapung di Lautan Hindi. Ia hanya menunggu untuk diambil bagi sesiapa yang berupaya mengambilnya,” pengarah urusan Abdullah al-Shehi memberitahu The Associated Press di pejabatnya di Dubai. Dia berharap untuk memulakan penuaiannya menjelang 2019.

Ia mungkin bukan satu kejutan bahawa idea itu berasal di Dubai, yang sudah pun terkenal dengan cerun ski dalam bangunannya, pulau-pulau buatan dan bangunan tertinggi dunia. Namun rancangan untuk menuai bongkah-bongkah ais itu berdepan pelbagai halangan undang-undang, kewangan dan logistik dan pakar alam sekitar juga tidak begitu teruja mengenainya.

Gambar fail – Salah satu bongkah ais sebesar sebuah bandar yang terapung di sebuah lautan. – AP
Gambar fail – Salah satu bongkah ais sebesar sebuah bandar yang terapung di sebuah lautan. – AP

Firma itu akan menghantar kapal-kapal ke Pulau Heard, sebuah simpanan alam semula jadi Australia di selatan Lautan Hindi, di mana mereka akan mengemudi di antara bongkah-bongkah ais sebesar bandar dalam pencarian ketulan sebesar trak yang digelar ‘growlers’. Para pekerja kemudian mengikatnya ke kapal-kapal dengan jaring dan membuat perjalanan jauh ke Emiriah Arab Bersatu.

Syarikat itu percaya bahawa, memandangkan kebanyakan bongkah ais itu berada di bawah air, ia tidak akan cair secara ketara ketika perjalanan itu. Al-Shehi berkata setiap bongkah ais akan berupaya menyimpan kira-kira 20 bilion gelen air tawar yang boleh dituai tanpa kos penyahgaraman, yang ketika ini membekalkan hampir semua air di rantau Teluk.

Masdar, sebuah firma tenaga yang disokong kerajaan di Emiriah Arab Bersatu sedang meneroka teknologi-teknologi baru untuk memenuhi keperluan air negara. Kementerian Tenaga Emiriah Arab Bersatu mengeluarkan satu keterangan minggu ini menafikan “laporan-laporan” bahawa bongkah ais dalam proses diimport, tanpa menyatakan laporan-laporan di mana ia dirujuk. – AP