Dubai, Hyperloop One kaji landasan kereta api Abu Dhabi

Dubai, Hyperloop One kaji landasan kereta api Abu Dhabi

DUBAI, Amiriah Arab Bersatu, 9 Nov – Bandar futuristik Dubai mengumumkan satu perjanjian semalam dengan Hyperloop One yang berpangkalan di Los Angeles untuk mengkaji potensi membina satu landasan kereta api yang menghubungkannya dengan ibu negara Amiriah Abu Dhabi.

Pengumuman perjanjian itu keluar di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia, dengan pemandangan cantik latar langit negara kota futuristik ini yang berfungsi sebagai latar belakang dan petanda mengenai hasrat Dubai untuk menjadi negara pertama yang menuju ke arah masa depan.

Bagaimanapun, tidak ada syarat-syarat kewangan yang dibincangkan dan teknologi itu sendiri masih sedang diuji, meskipun ceramah produk seperti Apple disampaikan oleh CEO Hyperloop Rob Lloyd. – AP

Rob Lloyd (kiri) menunjukkan model projek tersebut kepada pegawai UAE termasuk Ketua Pengarah dan Pengerusi Pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan Dubai, Mattar al-Tayer, (tiga kiri) di Dubai, Amariah Arab Bersatu, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA