Duda dipenjara 15 tahun

Duda dipenjara 15 tahun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Seorang duda warga tempatan dihukum penjara 28 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, semalam, kerana mencabul kehormatan anak jirannya berusia 15 tahun.

Hakim Ramzidah binti Pehin Datu Kesuma Diraja Kol (B) Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan bersalah Johari bin Haji Zaini, 42, dan pada masa yang sama menggugurkan dakwaan menceroboh terhadap tertuduh.

pg06_160606_mahkamah logo2

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan Kampung Panchor Mengkubau, pada 16 April 2016.

Perbuatan tertuduh itu diketahui apabila mangsa me-laporkannya kepada rakan dan guru sekolah yang kemudian bertindak membuat laporan polis.

ARTIKEL YANG SAMA