Dudley ramal harga minyak AS$55-$70

Dudley ramal harga minyak AS$55-$70

ISTANBUL, 11 Okt – Minyak seharusnya berada pada harga sekitar AS$55-$77 setong pada dekad seterusnya ketika industri tenaga menghadapi ‘perubahan ekstrem’ selepas harga minyak mentah berdepan tekanan rendah beberapa tahun kebelakangan, kata ketua eksekutif BP, Bob Dudley hari ini.

Dudley bercakap semasa Kongres Tenaga Sedunia di Istanbul, di mana jaminan kelmarin yang dibuat oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk bekerjasama dengan OPEC dalam mengenakan pengekangan pengeluaran telah menekan harga minyak meningkat pada paras tertingginya selama setahun.

Tanda aras AS, West Texas Intermediate bagi penghantaran November melonjak AS$1.54 kepada AS$51.35 setong semasa New York Mercantile Exchange, harga penutup tertinggi sejak Julai 2015.

Dudley meramalkan yang ‘harga minyak akan mengalami kitaran antara AS$55-$70 setong bagi dekad seterusnya kecuali adanya kekangan harga.” Katanya lagi, harga stabil dan munasabah adalah kepentingan semua orang. – AFP

Bob Dudley, ketika menyampaikan ucapannya pada 11 Oktober semasa Kongres Tenaga Sedunia di Istanbul. – AFP
Bob Dudley, ketika menyampaikan ucapannya pada 11 Oktober semasa Kongres Tenaga Sedunia di Istanbul. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA