Dujuan menghala ke Taiwan, 4,000 penduduk dipindahkan

Dujuan menghala ke Taiwan, 4,000 penduduk dipindahkan

TAIPEI, 28 Sept (AFP) – Pemindahan dipertingkatkan di Taiwan hari ini tatkala “taufan besar” Dujuan berlingkar ke arah pulau itu bertambah kuat ketika menghampiri pantai timur.

Hujan lebat dan angin kencang diramalkan di seluruh Taiwan mulai petang ini, dan diramalkan melanda kira-kira jam 11:00 malam.

Ombak besar melanda pantai timur laut pada tengah hari dan bot nelayan dipanggil pulang semula ke pantai. Biro cuaca Taiwan mempertingkatkan Dujuan kepada “taufan kuat” semalam – kategori tertingginya.

Biro cuaca serantau lain, termasuk Balai Cerap Hong Kong, mengkategorinya sebagai “taufan besar” tatkala ia bertambah kuat untuk mencecah 227 kilometer sejam.

“Seluruh pulau harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap angin kencang dan hujan lebat,” kata seorang jurucakap untuk Biro Cuaca Taiwan.

Gambar yang diperolehi daripada satelit Nasa pada 28 September menunjukkan taufan besar Dujuan yang melanda Taiwan. - AFP
Gambar yang diperolehi daripada satelit Nasa pada 28 September menunjukkan taufan besar Dujuan yang melanda Taiwan. – AFP

Hampir 3,000 orang, kebanyakan mereka pelancong, dipindahkan semalam dari Pulau Hijau dan Pulau Orkid Taiwan yang popular. Kira-kira 4,000 orang telah dipindahkan hari ini sebelum ribut.

Dujuan terletak 170 kilometer di luar pantai timur Daerah Hualien pada tengah hari hari ini. Agensi kaji cuaca Jepun mengingatkan Dujuan mungkin mencetuskan ombak setinggi 13 meter.

Setakat ini, tidak ada laporan kerosakan atau kecederaan berhubung dengan taufan.

Taufan Soudelor Ogos lalu menyebabkan sekurang-kurangnya lapan kematian di Taiwan apabila ia membanjiri sungai, menumbangkan pokok dan menyebabkan tanah runtuh.

Pokok dan papan tanda yang tumbang merosakkan talian elektrik, menyebabkan bekalan elektrik terputus untuk 4.3 juta keluarga. Ia membunuh 21 orang di China.

ARTIKEL YANG SAMA