Dujuan ragut dua nyawa, 324 lagi cedera

Dujuan ragut dua nyawa, 324 lagi cedera

BEIJING, 29 Sept (Reuters) – China mengarahkan berpuluh ribu bot supaya kembali ke pantai dan menutup tempat tarikan pelancong tatkala taufan mendarat di timur wilayah Fujian pada awal hari ini selepas meninggalkan dua orang terbunuh dan beratus yang lain cedera di Taiwan.

Pihak berkuasa Fujian memberitahu lebih 30,000 bot nelayan, membawa kira-kira 160,000 orang, supaya pulang ke pantai tatkala Taufan Dujuan menghampiri semalam, lapor media negeri, memetik pejabat kawalan banjir.

Kerajaan Taiwan berkata hari ini dua orang terbunuh dan 324 orang cedera tatkala Dujuan melanda seluruh pulau. Angin dengan kelajuan maksimum mencecah kira-kira 120 km sejam, lapor agensi berita Xinhua memetik Perkhidmatan Kaji Cuaca Fujian. Di Wrnzhou, China, penerbangan telahpun dibatalkan dan penduduk dipindahkan tatkala rantau pantai tenggara China bersiap sedia untuk menghadapi ketibaan Taufan Besar Dujuan.

Seorang penduduk tempatan mengumpul batu-batu dari sungai Xindian ketika ‘Dujuan’ melanda Bandar Taipei pada 29 September, yang setakat ini membunuh dua orang dan lebih 300 orang cedera. – AFP
Seorang penduduk tempatan mengumpul batu-batu dari sungai Xindian ketika ‘Dujuan’ melanda Bandar Taipei pada 29 September, yang setakat ini membunuh dua orang dan lebih 300 orang cedera. – AFP