Dunga dipecat

Dunga dipecat

RIO DE JANEIRO, 15 Jun (AFP) – Brazil memecat jurulatih kebangsaan semalam selepas negara ‘Jogo Bonito’ itu tersingkir pada peringkat kumpulan yang memalukan dalam kejohanan Copa America Centenario.

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan berkata, ia memutuskan untuk memecat Dunga dan membubarkan kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan Brazil itu berikutan bencana terbaru mereka selepas Piala Dunia 2014.

Berita itu datang selepas pegawai CBF bertemu Carlos Caetano Bledorn, alias Dunga, pada awal Selasa. Gulung tikar daripada Copa America edisi ke-100 di Amerika Syarikat adalah tamparan terbaru kepada semangat bola sepak Brazil yang juga dilanda kemelesetan ekonomi.

Negara ini masih belum pulih daripada aib dibelasah 7-1 oleh Jerman pada Piala Dunia 2014 di laman sendiri. Selepas pembukaan seri 0-0 dengan Ecuador diikuti dengan kemenangan 7-1 ke atas Haiti, Brazil hanya memerlukan seri dengan Peru kelmarin untuk mara ke suku akhir.

Sebaliknya mereka tersingkir daripada kejohanan selepas tewas 1-0 kepada jaringan kontroversi pemain Peru, Raul Ruidiaz.

Dunga (dua kanan) ketika mengendalikan Brazil menentang peru dalam aksi Copa America Centenario di Foxborough, Massachusetts, 12 Jun lalu. – AFP
Dunga (dua kanan) ketika mengendalikan Brazil menentang peru dalam aksi Copa America Centenario di Foxborough, Massachusetts, 12 Jun lalu. – AFP

pg20_160615_CopaAmericaLogo

Ruidaz kelihatan menjaringkan hantaran silang dengan lengannya untuk gol lewat babak kedua. Ia adalah kali pertama dalam tempoh tiga dekad Brazil terkeluar daripada kejohanan pada peringkat kumpulan.

Media Brazil membuat spekulasi bahawa Dunga akan digantikan oleh jurulatih Corinthians, Tite. Pengendali berusia 55 tahun itu berjaya membawa Corinthians untuk menjulang Copa Libertadores dan Piala Dunia Kelab pada 2012.

Pada tahun berikutnya Corinthians memenangi Copa Sudamericana, namun CBF masih belum mengumumkan pengganti setakat semalam. Spekulasi bertiup kencang bahawa Dunga akan dipecat walaupun berkata beliau tidak takut jika dipecat.

Beliau menyerus semua pihak bersabar sambil menegaskan juara Piala Dunia lima kali itu berada pada peringkat awal tempoh peralihan. Brazil perlu mencari jurulatih baru kerana pada Ogos nanti, Selecao akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

ARTIKEL YANG SAMA