Dunga melenting

Dunga melenting

SANTIAGI, 18 Jun (Reuters) – Jurulatih Brazil, Dunga melancarkan serangan terhadap pengadil Enrique Osses selepas melayangkan kad merah kepada Neymar pada akhir pertembungan dengan Colombia dalam aksi Copa America pagi tadi.

Colombia menang 1-0 menyebabkan Brazil memerlukan satu kemenangan daripada perlawanan terakhir Kumpulan C menentang Venezuela untuk memastikan mereka dapat melangkah ke peringkat kalah mati.

Brazil akan bermain tanpa Neymar yang mendapat kad kuning sebelum babak pertama dan kemudian dilayangkan kad merah selepas wisel penamat apabila pemain kedua-dua pasukan tolak menolak di tengah padang.

Pemain Colombia Carlos Bacca juga diberikan kad merah dan bakal terlepas perlawanan terakhir kumpulan pasukannya menentang Peru.

“Ia tidak pernah satu perkara yang baik apabila pada akhir perlawanan kita bercakap tentang pengadil,” kata Dunga. “Saya fikir jika anda melihat apa yang berlaku termasuk pada penghujungnya, anda perlu membuat kesimpulan bahawa sesuatu perlu dilakukan dengan pengadil.

Neymar bertelagah dengan pemain Colombia, Jeison Murillo (22) dan Alexander Mejia (15) semasa aksi Copa di Santiago, semalam. – AFP
Neymar bertelagah dengan pemain Colombia, Jeison Murillo (22) dan Alexander Mejia (15) semasa aksi Copa di Santiago, semalam. – AFP

“Masalah sama pada perlawanan Corinthians apabila pengadil yang sama bertanggungjawab,” kata Dunga, merujuk kepada pusingan Piala Libertadores baru-baru ini apabila Osses melayangkan kad merah kepada dua pemain Corinthians semasa menentang pasukan Guarani dari Paraguay.

Ketika ditanya bagaimana dia bersedia menentang Venezuela tanpa Neymar, Dunga berkata: “Kami akan memikirkannya esok. Kami sudah bermain tanpa Neymar sebelum ini. Kami akan bermain dengan cara semasa ketiadaannya.”

Neymar membayangi pemain yang membenam Peru dalam aksi pembukaan Copa Amerika Brazil.

Sentuhan pertama beliau sering membuat beliau kecewa dengan perhatian berterusan yang diterima daripada pemain Colombia.

ARTIKEL YANG SAMA