‘Dunia memerhati’ China berhubung Laut China Selatan

‘Dunia memerhati’ China berhubung Laut China Selatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (AFP) – Presiden Filipina Benigno Aquino memberitahu sidang mesyuarat Asia-Pasifik hari ini bahawa ‘dunia sedang memerhati’ sama ada China akan berkelakuan sebagai kuasa yang bertanggung jawab dalam pertikaian yang meningkat berhubung wilayah maritim.

Aquino meningkatkan kritikan terhadap tindakan China meluaskan terumbu karang kecil menjadi kepulauan sepenuhnya, ketika para pemimpin termasuklah Perdana Menteri China Li Keqiang mengadakan pertemuan di Malaysia.

Isu ini semakin menghantui gambaran diplomatik dan keselamatan serantau, dengan China dituduh mengganggu status quo dengan mengambil langkah meningkatkan kehadirannya di Laut China Selatan.

“Kami berharap China akan menghormati kata-katanya dan menghormati peraturan undang-undang,” Aquino berkata, menurut salinan ucapannya pada Sidang Mesyuarat Asia Timur18 Negara, di Kuala Lumpur.

Presiden Filipina ketika menandatangani deklarasi pembentukan komuniti. - Bernama
Presiden Filipina ketika menandatangani deklarasi pembentukan komuniti. – Bernama

Ulasan Aquino dengan khusus merujuk kepada perbalahan dengan China berhubung wilayah maritim, yang mana telah dibawa oleh Manila ke muka pengadilan mahkamah antarabangsa.

Beliau berkata “Dunia sedang memerhati dan hanya menjangkakan pemimpin sejagat yang bertanggung jawab.”

Beijing berikrar tidak akan terlibat dalam kes itu, dengan mengatakan Mahkamah Tetap Penimbangtaraan di Hague tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara berhubung kedaulatan China.

Ketua-ketua kerajaan dari 18 buah negara termasuk AS, China, India, Rusia, Jepun dan negara-negara Asia Tenggara mengadakan pertemuan bagi sidang mesyuarat tahunan Asia Timur, tahun ini diadakan oleh Malaysia.