‘Dunia tolak pengawasan besar-besaran’

‘Dunia tolak pengawasan besar-besaran’

WASHINGTON, 5 Jun (AFP) – Perundangan yang menamatkan himpunan banyak data telefon kerajaan Amerika Syarikat adalah “kemenangan bersejarah bagi hak setiap warganegara,” menurut bekas penganalisis perisikan, Edward Snowden dalam ulasannya semalam.

Dalam ruangan pendapat, yang disiarkan dalam beberapa akhbar antarabangsa yang termasuk The New York Times, Snowden membayangkan apa yang dikatakannya adalah peralihan besar dalam kesedaran awam mengenai pengawasan besar-besaran sejak pembocoran olehnya yang mendedahkan takat pemantauan kerajaan AS dan beberapa rakan ke atas perhubungan elektronik.

“Menamatkan pengawasan besar-besaran ke atas panggilan telefon persendirian di bawah Akta Patriot adalah kemenangan bersejarah bagi hak setiap warganegara, tetapi itu hanyalah produk terbaru perubahan dalam kesedaran sejagat,” katanya, sambil merujuk kepada penamatan pada minggu ini program pengumpulan data banyak di bawah Akta Patriot USA.

“Sejak 2013, institusi di seluruh Eropah telah memerintahkan peraturan sama dan operasi itu tidak sah dan mengenakan pengetatan baru ke atas kegiatan akan datang. PBB mengisytiharkan pengawasan besar-besaran pencabulan jelas ke atas hak asasi kemanusiaan,” tambahannya.

Edward Snowden ketika persidangan melalui video secara langsung yang dianjurkan sebuah kolej swasta di Toronto, Kanada, pada 2 Februari 2015. – Reuters
Edward Snowden ketika persidangan melalui video secara langsung yang dianjurkan sebuah kolej swasta di Toronto, Kanada, pada 2 Februari 2015. – Reuters

Snowden, 31 tahun masih dikehendaki AS kerana pengintipan ekoran pembocoran yang menggemparkan yang mengakibatkan dia dicap sebagai pengkhianat dalam beberapa pihak politik dan wira di pihak lain.

Pelarian bekas pekerja Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) ini telah diizinkan kediaman sementara di Rusia.

Dengan menggambarkan laluannya dalam tempoh dua tahun lalu sejak dia mendedahkan kepada tiga orang wartawan di sebuah bilik hotel Hong Kong, Snowden berkata dia pada awalnya bimbang tidak sesiapa pun akan peduli.