Dustin Johnson juara PGA golf BMW

Dustin Johnson juara PGA golf BMW

CHICAGO, 12 Sept – Pemain nombor dua dunia, Dustin Johnson melakukan lima di bawah par 67 semalam untuk memenangi Kejohanan BMW PGA AS dengan tiga pukulan mengatasi Paul Casey dari England dengan perlawanan mencatatkan rekod.

Pemain Amerika berusia 32 tahun itu, yang telah merangkul gelaran besar pertamanya di Terbuka AS pada Jun lalu di Oakmont, berakhir pada 23 di bawah 265 par lebih 72 lubang di padang Crooked Stick seluas 7,516 ela di pinggir bandar Indianapolis.

“Saya bermain dengan amat cemerlang,” kata Johnson.

Itu adalah kemenangan pada karier tahun ke 12 bagi Johnson di Jelajah PGA AS dan ketiganya tahun ini, yang paling terbaik bagi dirinya selepas kejayaan besarnya dan World Golf Championship Bridgestone Invitational.

“Begitu banyak keyakinan saya di setiap bahagian permainan saya,” katanya. “Segala usaha saya benar-benar berbaloi tahun ini.”

Dustin Johnson ketika menjulang trofi kejuaraannya. – AP
Dustin Johnson ketika menjulang trofi kejuaraannya. – AP

Dalam edisi ke-113 acara itu yang menjejaki sejarahnya hingga 1899, Johnson telah memecahkan rekod 72 lubang dari 22 di bawah yang dicatatkan oleh Tiger Woods pada tahun 2007 dan tahun lalu disamai oleh Jason Day pemain Australia pada rank tertinggi.

Casey menduduki tempat kedua bagi minggu kedua berturut-turut pada 268, kali ketujuh dia mendapat tempat kedua dalam Jelajah PGA AS, selepas 67 dengan Roberto Castro dari Amerika di tempat ketiga dengan 271.

Day berundur dari acara itu Ahad lalu selepas mengalami sakit pada sendi sebelah kiri apabila sampai kepada tee di lubang kesembilan, tetapi masih mampu berakhir di kalangan pendahulu mata lima musim. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA