Duta AS beri amaran warganya serangan di gedung beli-belah

Duta AS beri amaran warganya serangan di gedung beli-belah

TUNIS, 20 Dis (Reuters) – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tunisia telah memberi amaran rakyatnya untuk mengelak daripada mengunjungi gedung beli-belah besar di bandar Tunis hari ini kerana menurut satu laporan mengenai ancaman berpotensi serangan militan di sana.

Tunisia dalam keadaan darurat berikutan satu serangan bom nekad ke atas bas pengawal presiden di Tunis bulan lalu. Ia kemudian diikuti dengan dua serangan senjata militan ke atas sebuah muzium Tunis dan hotel pantai yang menyasarkan pelancong-pelancong asing.

Menurut kenyataan lewat semalam, rakyat AS dinasihatkan untuk menjauhi Gedung Beli-Belah Tunisia di kawasan Berges du Lac di bandar itu hari ini kerana ‘satu laporan tidak diketahui namun menunjukkan kredibiliti kemungkinan serangan pengganas’.

Ia tidak memberi butiran lanjut, namun pasukan keselamatan Tunisia dalam keadaan berjaga-jaga sejak pengeboman berani mati pada 24 November yang membunuh 12 pengawal presiden ketika mereka menaiki bas untuk memulakan tugas mereka.

Serangan pada November di jalan berhias utama di bandar berkenaan menggariskan Tunisia itu mudah terdedah kepada militan Islam, berikutan serangan di hotel pelancong tepi laut Sousse pada Jun dan Muzium Bardo di Tunis pada Mac, yang semuanya didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS).

ARTIKEL YANG SAMA