Duta Berkelana hadiri mesyuarat Menteri ACD

Duta Berkelana hadiri mesyuarat Menteri ACD

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Asia Cooperation Dialogue (ACD) kali ke-14 di Siam Kempinski Hotel di Bangkok.

Sesi Pembukaan mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha.

Mesyuarat Menteri kali ke-14 ini dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Thailand, Don Pramudwinai dan dihadiri oleh kesemua 34 ahli negara-negara ACD termasuk Nepal yang menghadiri secara rasmi sebagai ahli ACD terbaru.

Ahli-ahli ACD telah membincangkan beberapa kertas konsep termasuk ACD Vision 2030, Roadmap for ACD Regional Connectivity dan peningkatan kerjasama dengan pihak swasta dan akademik.

Mesyuarat juga meluluskan Kenyataan Pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri ACD kali ke-14 serta kertas konsep ACD-The Way Forward dan Enhancing Private Sector Partnership and Educational Cooperation.

Yang Teramat Mulia menyampaikan sabda ucapan mengenai hala tuju dan perkembangan ACD yang seharusnya realistik, relevan dan dapat dicapai melalui penyelerasan bidang-bidang kerjasama bagi mendokong inisiatif serantau yang sedia ada.

Yang Teramat Mulia juga bersabda mengenai sumbangan Negara Brunei Darussalam kepada forum tersebut khususnya dalam bidang pendidikan.

Yang Teramat Mulia turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz semasa lawatan ini.

ARTIKEL YANG SAMA