Duta Besar AS hos majlis resepsi rai Hari Kemerdekaan

Duta Besar AS hos majlis resepsi rai Hari Kemerdekaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Brunei Darussalam,Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen telah menghoskan majlis resepsi meraikan Hari Kemerdekaan Amerika ke-239 dan Ulang Tahun Hubungan AS-Brunei Darussalam ke-170 di kediamannya di Tungku.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan isteri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Yang Terutama Craig Boyd Allen yang antara lain menekankan bahawa Brunei dan AS banyak mencatat kegemilangan antaranya dalam hubungan ketenteraan, pendidikan dan banyak aspek lain.

Tuan Yang Terutama turut melahirkan harapan supaya ia akan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa mendatang. Sejurus acara memotong kek sambutan, TYT Craig Boyd Allen dan isteri menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat dan isteri, kemudian majlis menyaksikan persembahan kugiran The Orient Express, Pasukan Armada ke-7 Tentera Laut AS.

Acara memotong kek sambutan Hari kemerdekaan AS ke-239 dan Ulang Tahun Hubungan AS-Brunei Darussalam yang ke-170, hari ini.
Acara memotong kek sambutan Hari kemerdekaan AS ke-239 dan Ulang Tahun Hubungan AS-Brunei Darussalam yang ke-170, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA