Duta Britain ...

Duta Britain dihubungi berikutan kerosakan terumbu karang

JAKARTA, 17 Mac – Indonesia menghubungi duta Britain hari ini selepas kapal persiaran dalam satu pelayaran yang dianjurkan oleh syarikat yang berpangkalan di London terhempas ke terumbu karang di tempat pelancongan popular dan mengakibatkan kerosakan besar.

Raja Ampat di timur Indonesia adalah salah satu habitat marin paling bio pelbagai di bumi, dan menarik pelancong dan penyelam yang berani ke pulau yang dipinggiri pohon palma dan dikelilingi oleh batu karang dan ikan.

Kemalangan itu berlaku pada bulan ini apabila Caledonian Sky seberat 4,200 tan merempuh terumbu pada waktu air surut sekitar Kri, salah satu daripada beratus pulau kecil di Raja Ampat, selepas membawa pelancong dalam ekspedisi melihat burung.

Gambar yang diambil pada 4 Mac menunjukkan kapal Caledonion merosakkan terumbu karang di kawasan Raja Ampat, Indonesia. – AFP
Gambar yang diambil pada 4 Mac menunjukkan kapal Caledonion merosakkan terumbu karang di kawasan Raja Ampat, Indonesia. – AFP

Kapal itu, yang sedang membawa 102 penumpang dan 79 krew, terkandas di terumbu dan hanya diapungkan semula apabila air pasang.

Pelbagai percubaan untuk membebaskannya dengan menggunakan kapal tunda menemui kegagalan, sekali gus mengakibatkan kerosakan teruk ke atas batu karang.

Kejadian di wilayah Papua Barat menimbulkan kemarahan kerajaan, yang berkata kapten Britain mungkin menghadapi dakwaan jenayah, sementara penduduk tempatan percaya ia akan menjejas industri pelancongan dan mata pencarian nelayan. – AFP