Duta China anjur rumah terbuka

Duta China anjur rumah terbuka

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Duta Besar China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian sekali lagi telah mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di kediamannya di Kiarong, di sini, hari ini.

Berangkat hadir pada rumah terbuka itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large, di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Antara jemputan lain yang hadir terdiri daripada menteri-menteri kabinet dan bekas menteri kabinet, para pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan asing di negara ini.

Tahun ini merupakan sambutan Tahun Baru Cina yang kedua bagi Puan Yang Terutama di negara ini dan dengan jumlah tetamu yang hadir tahun ini, beliau memutuskan untuk menganjurkan rumah terbuka selama dua hari bagi menyambut kemeriahan sambutan bersama kesemua tetamu beliau.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika berangkat ke rumah terbuka Puan Yang Terutama Yang Jian.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika berangkat ke rumah terbuka Puan Yang Terutama Yang Jian.

pg04_160217_b

ARTIKEL YANG SAMA