Duta Jerman kunjungi Maju Motors

Duta Jerman kunjungi Maju Motors

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen di negara ini, kelmarin, menerima kunjungan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe.

Kunjungan berkenaan adalah untuk membuat perjumpaan dengan Pengurus Besar baru, Bernd Siffling yang juga berasal dari Jerman.

Turut hadir semasa perjumpaan itu ialah Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong.

Selepas perjumpaan pengenalan itu, Tuan Yang Terutama turut mengadakan lawatan ke Bilik Pameran Volkswagen, di mana beliau memuji teknologi dan kualiti kereta-kereta Volkwagen dan peralatan di bilik pameran itu.

Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe bergambar ramai bersama para pegawai kanan Volkswagen di Maju Motors Sdn Bhd.
Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe bergambar ramai bersama para pegawai kanan Volkswagen di Maju Motors Sdn Bhd.

TYT Roland Christian Grafe meluahkan perasaan bangga dengan perkembangan Volkswagen di pasaran Brunei dan sangat gembira di atas liputan terbaik Volkswagen dan Maju Motors di dalam surat khabar dan sosial media.

Tahun lalu, Maju Motors mencapai jualan terbesar apabila berjaya menjual 1,000 buah kereta Volkswagen.

ARTIKEL YANG SAMA