Duta Republik Czech diterima mengadap

Duta Republik Czech diterima mengadap

Oleh Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini menerima mengadap Duta Besar Republik Czech yang tidak menetap, Tuan Yang Terutama Tomas Smetanka, yang akan menamat kan perkhidmatannya, di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan.

Tuan Yang Terutama Tomas Smetanka berpejabat di Jakarta dan berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Czech yang tidak menetap ke Brunei Darussalam sejak bulan Oktober 2012.

pg01_150707_a

ARTIKEL YANG SAMA