Duterte ancam mati penjenayah dadah

Duterte ancam mati penjenayah dadah

MANILA, Filipina, 30 Sept – Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengangkat retorik berhubung perang anti jenayah berdarah beliau ke tahap baru hari ini, membandingkannya dengan Hitler dan kemusnahan dan berkata beliau akan “gembira membunuh” 3 juta orang penagih.

Duterte mengeluarkan ancaman terbaru beliau kepada para penjual dadah dan mereka yang memakannya, awal hari ini apabila pulang ke bandar kelahirannya di bandar selatan Davao selepas mengadakan lawatan ke Vietnam, yang mana beliau telah membincangkan kempen antidadah beliau dengan para pemimpin Vietnam dan cara-cara kerajaan mereka memerangi jenayah transnasional, termasuklah jenayah dadah.

Duterte berkata ancaman mati terbukanya kepada suspek-suspek dadah dibentuk untuk menakutkan mereka supaya berhenti menjual dadah dan tidak menggalakkan bakal penagih dadah. Tetapi kenyataan terbaru beliau telah membawa pendekatan pembanterasan jenayah ke tahap berbeza.

“Hitler telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas 3 juta orang Yahudi, terdapat 3 juta penagih dadah. Saya akan gembira untuk membunuh mereka,” kata Duterte, dengan merujuk kepada anggaran kerajaan Filipina tentang bilangan penagih dadah di negara itu.

Para sejarawan berkata 6 juta orang Yahudi telah dibunuh oleh pihak Nazi di bawah kepimpinan Hitler sebelum dan selepas Perang Dunia II.

Para anggota membawa mayat pengedar dadah yang disyaki terbunuh dalam satu operasi polis di sepanjang landasan kereta api di Caloocan City pinggir bandar Manila kelmarin. - AFP
Para anggota membawa mayat pengedar dadah yang disyaki terbunuh dalam satu operasi polis di sepanjang landasan kereta api di Caloocan City pinggir bandar Manila kelmarin. – AFP

Ketika kempen pilihan raya presiden awal tahun ini dan ketika dalam tempoh tiga bulan Duterte menyandang jawatan presiden, Duterte telah mengancam akan melemaskan mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah dadah dan menggemukkan ikan-ikan di Teluk Manila.

Beliau juga mengancam akan menghukum mati para penyeludup dadah dengan hukuman gantung kerana beliau tidak mahu membazir tenaga elektrik kerana mereka – sehingga kepala mereka terpisah dari badan mereka.

Sementara mangsa-mangsa Hitler adalah mereka yang tidak bersalah, Duterte berkata sasarannya adalah ‘kesemuanya penjenayah’ dan menyingkirkan mereka akan ‘menyelesaikan masalah dadah di negara saya dan menyelamatkan generasi akan datang.” – AP