Duterte benar jasad Marcos disemadi di Makam Pahlawan

Duterte benar jasad Marcos disemadi di Makam Pahlawan

MANILA, 24 Mei (Bernama) – Presiden baharu Filipina, Rodrigo Duterte, akan membenarkan jasad mendiang pemimpin diktator Ferdinand Marcos disemadi di Makam Pahlawan dan berkata isu itu sudah lama memecah-belahkan negara, lapor agensi berita Xinhua China.

“Saya akan membenarkan jasad mendiang Presiden Marcos dikebumi di Libingan ng mga Bayani bukanlah kerana beliau seorang wira sebaliknya kerana beliau seorang askar Filipina,” kata Duterte kepada pemberita di Bandar Davao yang terletak di selatan Filipina pada Isnin.

Beliau berkata sehubungan itu, persediaan bagi upacara pengebumian mendiang Marcos di Makam Pahlawan “boleh dilakukan serta-merta.”

“Saya yakin langkah ini mampu memadam kebencian rakyat negara ini terhadap mendiang,” katanya.