Duterte berusaha cari kewangan di China

Duterte berusaha cari kewangan di China

MANILA, 13 Okt – Presiden Filipina Rodrigo Duterte berlepas ke China minggu depan untuk berusaha mendapatkan berbilion-bilion dolar dalam pelaburan dan juga penghormatan, ketika beliau berang dan menjauhi sekutu biasanya, AS.

Presiden China Xi Jinping dijangka akan memberikan sambutan hangat buat pemimpin itu selepas Duterte mengancam akan menamatkan gabungan yang berdekad-dekad lamanya dengan AS dan memberikan Beijing semangat yang tepat pada masanya bagi meraih lebih banyak kawalan ke atas Laut China Selatan dari segi strategik.

Duterte, 71 tahun berkata beliau cuba menghentikan kebergantungan tidak sihat FIilpina pada bekas penjajahnya, meskipun beliau membayangkan peralihan itu juga disebabkan kemarahan terhadap kritikan AS ke atas usahanya yang memerangi jenayah yang telah membawa maut.

Para penganalisis percaya tarikan Duterte kepada China yang biasa melihat gaya pentadbiran beliau yang begitu pragmatik, ekoran ucapan berulang kali darinya yang menekankan apa yang beliau percaya ialah penguasaan tentera dan ekonomi AS yang berkurangan.

Duterte membawa bersama rom-bongan yang terdiri dari beratus-ratus ahli perniagaan, termasuklah ramai taikun paling berpengaruh di Filipina dalam usaha untuk mengambil kesempatan dari hubungan mesra yang telah wujud ekoran usaha beliau untuk menenangkan Beijing berhubung pertikaian Laut China Selatan.

Reaksi Rodrigo Duterte semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-115 Pengawal Pantai Filipina semasa pentauliahan kapal dari Jepun, BRP Tubbataha, di Manila, Filipina, Rabu. – AP
Reaksi Rodrigo Duterte semasa berucap pada sambutan ulang tahun ke-115 Pengawal Pantai Filipina semasa pentauliahan kapal dari Jepun, BRP Tubbataha, di Manila, Filipina, Rabu. – AP

China menuntut hampir kesemua laut yang penting dan strategik itu, meski perairan itu hampir dengan Filipina dan negara-negara Asia Tenggara dan dalam beberapa tahun kebelakangan telah membina pulau tiruan di kawasan yang dipertikaikan yang mampu menempatkan pangkalan tentera.

Presiden sebelum Duterte, Beningno Aquino, mengundang kemarahan China dengan mencabarnya di pelbagai lapangan.

Aquino membenarkan pasukan tentera Amerika ditempatkan di Filipina, telah melancarkan rondaan bersama di laut itu, memfailkan kes undang-undang tribunal yang disokong PBB, berulang kali membangkitkan isu itu pada sidang mesyuarat serantau dan enggan mengadakan rundingan langsung dengan Beijing.

Pada Julai lalu, 12 hari selepas Duterte memegang jawatan presiden, tribunal antarabangsa telah memberikan kemenangan mengejut buat Filipina, yang memerintahkan bahawa tuntutan China ke atas kebanyakan lautan itu adalah tidak sah dan pembinaan pulau tiruan oleh China adalah tidak sah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA