Duterte bunuh pekerja jabatan keadilan

Duterte bunuh pekerja jabatan keadilan

MANILA, 15 Sept – Rodrigo Duterte menembak mati seorang kakitangan jabatan keadilan dan mengarahkan pembunuhan para penentang, seorang bekas anggota skuad bunuh memberitahu parlimen hari ini, dalam dakwaan amat sensitif ke atas presiden Filipina.

Dia yang menggambarkan dirinya sendiri sebagai pembunuh orang ternama memberitahu sesi dengar Senat bahawa dia dan sekumpulan anggota polis dan bekas pemberontak komunis telah membunuh kira-kira 1,000 orang dalam tempoh 25 tahun atas arahan Duterte – salah seorang dari mereka, hidup-hidup diberi makan kepada seekor buaya.

Banyak lagi yang digantung, dibakar, dibelah dan kemudian ditanam dalam kuari milik seorang pegawai polis yang juga anggota skuad bunuh. Yang lain dibuang ke laut untuk dimakan oleh ikan.

Senator Leila De Lima bertanya soalan kepada bekas ahli skuad Edgar Matobato semasa pendengaran Senat di Manila pada 15 September 2016. – AFP
Senator Leila De Lima bertanya soalan kepada bekas ahli skuad Edgar Matobato semasa pendengaran Senat di Manila pada 15 September 2016. – AFP

Edgar Matobato, 57 tahun membuat dakwaan itu di hadapan Senat, yang sedang menyiasat tuduhan pembunuhan luar bidang kehakiman dalam tindakan anti jenayah Duterte yang menurut polis telah mengakibatkan kematian 3,140 orang dalam tempoh 72 hari pertama beliau menyandang jawatannya itu.

Ketua Suruhanjaya Hak Kemanusiaan pada masa itu, Senator Leila de Lima memberitahu penyiasatan, Matobato telah menyerah diri kepada badan penyiasatan pada tahun 2009 dan sehingga baru-baru ini diletakkan dalam skim perlindungan skim.

Jurucakap Duterte berkata dakwaan itu telah pun disiasat tanpa dakwaan difailkan manakala anak lelakinya, Paolo Duterte, menyifatkan keterangan saksi ‘hanyalah khabar angin’ dari ‘orang gila’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA