Duterte dedah anggota kabinetnya

Duterte dedah anggota kabinetnya

MANILA, 11 Mei (Xinhua) – Rodrigo Duterte yang diandaikan Presiden Filipina telah mendedahkan beberapa bakal anggota kabinetnya, termasuklah setiasusaha-setiausaha dari pentadbiran sebelumnya dan bekas Jeneral tentera.

Datuk Bandar bagi Bandar Davao itu yang mendahului keputusan pilihan raya tidak rasmi, memberitahu para pemberita bahawa dia belum lagi berbincang dengan orang lain siapa yang akan dipertimbangkannya menjadi sebahagian Keluarga Rasminya.

Dalam dialog dengan ahli-ahli perniagaan sebelum pilihan raya 9 Mei lalu, Duterte berkata dia akan melantik bekas rakan sekelasnya sebagai penasihat keamanannya dan rakannya Jesus Dureza, yang pernah menjadi penasihat keamanan dan setiausaha media bekas presiden Gloria Macapagal-Arroyo.

Dia juga tertarik dengan pemilik hotel Carlos Dominguez untuk menjadi setiausahanya di Jabatan Kewangan atau Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi.

Duterte juga menimbangkan rakannya dalam pilihan raya Senator Alan Peter Cayetano untuk mengetuai Jabatan Hal Ehwal Luar selepas tegahan setahun kerana kehilangan calon.

Seorang penduduk tempatan berteduh di belakang papan iklan kempen Rodrigo Duterte di sepanjang jalan kampung halamannya di bandar Davao, selatan Filipina kelmarin. - AP
Seorang penduduk tempatan berteduh di belakang papan iklan kempen Rodrigo Duterte di sepanjang jalan kampung halamannya di bandar Davao, selatan Filipina kelmarin. – AP

Cayetano di belakang seorang lagi calon timbalan presiden, Leni Robredo dan Ferdinand Marcos Jr, berdasarkan separuh pengiraan tidak rasmi pemerhati pilihan raya.

Bakal presiden berkata Leoncio Evasco, ketua kakitangannya dan bekas anggota parti berhaluan kiri, Parti Tentera Rakyat Baru, yang berada di sisinya. Tetapi dia belum menyebutkan kedudukan yang akan diberikannya kepada Evasco, yang masih lagi datuk bandar Maribojoc di wilayah tengah Bohol.

Duterte berkata bekas ketua turus Angkatan Bersenjata Filipina Hermogenes Esperon Jr akan juga sebahagian kabinet. Esperon juga pernah berkhidmat di bawah kerajaan Arroyo sebagai ketua Pejabat Kakitangan Pengurusan Presiden.

Setiausaha Pejabat Operasi Perhubungan Presiden Herminio Coloma Jr berkata pentadbiran Arroyo bersiap sedia bagi peralihan lancar kerajaan. Penggal enam tahun Presiden Benigno S Aquino III akan berakhir pada tengah hari 30 Jun.