Duterte isytihar kawasan dipertikai jadi zon dilarang tangkap ikan

Duterte isytihar kawasan dipertikai jadi zon dilarang tangkap ikan

MANILA, Filipina, 22 Nov – Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah memutuskan untuk mengeluarkan satu perintah formal mengisytiharkan lagun di beting Laut China Selatan satu tempat perlindungan laut di mana warga Filipina dan China dilarang daripada menangkap ikan, kata pegawai dalam satu kenyataan kelmarin.

Penasihat Keselamatan Negara Hermogenes Esperon Jr. berkata Duterte menyampaikan rancangannya kepada Presiden China Xi Jinping ketika satu mesyuarat mengenai isu sampingan forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang baru berakhir di Peru.

Esperon dan pegawai Kabinet Filipina lain yang hadir pada mesyuarat berkata Xi tidak berkata sama ada beliau bersetuju dengan rancangan Duterte di Beting Scarborough.

China merampas Scarborough pada 2012 selepas perbalahan marin dengan Filipina. Rancangan Duterte adalah sensitif disebabkan ia mungkin menandakan kawalan wilayah Filipina di beting strategik, yang telah dikawal ketat oleh kapal pengawal pantai China.

Kerajaan juga telah mengesyaki masing-masing mempunyai rancangan untuk mendirikan struktur konkrit di lagun Scarborough untuk memperkukuhkan tuntutan wilayah mereka. – AP