Duterte kunjungi kapal perang Rusia

Duterte kunjungi kapal perang Rusia

MANILA, Filipina, 6 Jan – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meninjau salah satu daripada dua buah kapal perang Rusia yang berlabuh di Manila, hari ini, dalam satu petanda hubungan mesra dengan Moscow ketika dia beralih dari dasar asing negaranya daripada sekutu lamanya, Amerika Syarikat.

Timbalan komander Armada Pasifik Rusia, Laksamana Muda Eduard Mikhailov dan Duta Rusia, Igor Khovaev mengiring Duterte dan beberapa anggota kabinet di sekitar kapal anti selam, Admiral Tributs.

Semasa kunjungan itu, Duterte melihat keluar dari dek kapal dan menunjukkan genggamannya di udara.

Dia juga dibawa meninjau kawasan senjata dan kemudahan di dalam kapal tersebut serta berkesempatan bergambar ramai bersama warga Rusia.

Rusia yang berminat untuk mengadakan latihan tentera laut bersama Filipina telah menghantar kapal Admiral Tributs dan kapal tangki laut Boris Butoma dalam kunjungan muhibah ke Manila selama lima hari.

Di samping itu, warga Filipina juga dibenarkan untuk melihat kapal besar tersebut dengan marin Rusia menunjukkan keupayaan perang mereka. – AP

ARTIKEL YANG SAMA